Seo Services

Malaysia Diterima Sertai Pasukan Siasatan Antarabangsa MH17



KUALA LUMPUR: Malaysia diterima sebagai ahli penuh dalam Pasukan Siasatan Bersama MH17 bersama-sama Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pasukan itu bertujuan menyiasat punca pesawat malang milik Malaysia Airlines (MAS) itu terhempas di Ukraine.

“Jabatan Peguam Negara mengumumkan bahawa Malaysia telah diterima sebagai ahli penuh dalam Pasukan Siasatan Bersama MH17 yang tertumpu pada siasatan jenayah atas penjatuhan pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia.

“Anggota asal Pasukan Siasatan Bersama itu adalah Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine.,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Gani berkata, makluman mengenai penerimaan Malaysia sebagai ahli penuh dan setaraf dalam Pasukan Siasatan Bersama itu telah dimajukan oleh Pejabat Pendakwa Raya Kebangsaan Belanda melalui surat yang diterima Peguam Negara hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan berlepas ke The Hague pada hari Rabu untuk menghadiri Mesyuarat Koordinasi Eurojust Ketiga mengenai siasatan jenayah itu yang dijadualkan pada 4 Disember 2014.

Jelasnya, mesyuarat tersebut yang akan turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara sebahagian daripada proses siasatan jenayah bersama antarabangsa yang sedang dijalankan dalam kes tersebut.
Malaysia Diterima Sertai Pasukan Siasatan Antarabangsa MH17 Malaysia Diterima Sertai Pasukan Siasatan Antarabangsa MH17 Reviewed by Unknown on December 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.