AMSTERDAM: Menurut pihak berkuasa Belanda, serpihan MH17 yang diambil dari lokasi nahas akan dipasang semula untuk siasatan di pangkalan tentera Belanda.
Serpihan itu dikumpulkan oleh pihak perkhidmatan kecemasan tempatan di bawah pengawasan Belanda di kawasan yang menjadi perebutan oleh pemberontak dan tentera Kiev, Rusia.
Serpihan itu akan diangkut ke pangkalan udara minggu depan.
Serpihan pesawat dibiarkan salama sebulan di tempat nahas kerana penyiasat luar menghadapi kesukaran untuk memasuki kawasan tersebut.
Penyiasat dan pendakwa percaya pesawat itu mungkin telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara tetapi terbuka kepada teori Moscow yang mengatakan ia telah ditembak jatuh dari udara.
“Kementerian Pertahanan telah menyediakan pengangkutan dan lori pertama untuk mengangkut serpihan itu akan bermula pada hari ini,” kata Lembaga Keselamatan Belanda dalam satu kenyataan. - RakyatPost
MH17: Serpihan Pesawat Dipasang Semula Untuk Siasatan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 02, 2014
Rating:

No comments: