Seo Services

Pelajar IPT Sarawak Disaran Agar Hindari Aktiviti Negatif


KUCHING: Pelajar-pelajar universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) diingatkan agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran dan jangan terlibat didalam aktiviti-aktiviti negatif yang tidak menguntungkan.

ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata setiap ibubapa dan keluarga pelajar-pelajar tersebut menaruh harapan yang tinggi apabila mereka menjejakkan kaki ke menara gading agar berjaya menimba ilmu.

"Jangan sia-siakan harapan ibubapa dan keluarga yang mengharap agar pelajar itu akan menempa kejayaan yang akan mengubah nasib hidup mereka untuk keluar dari kepompong kemiskinan."

Beliau berkata demikian dalan ucapannya pada Majlis Penyampaian Pengurusan Aktiviti Persatuan/Kelab Dan Bantuan Pelajar IPT Dalam Kawasan DUN Pantai Damai di sebuah hotel di Bandaraya Kuching di sini petang tadi.

"Pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran mereka ke universiti atau IPT adalah golongan yang bijak maka usahlah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang tidak baik seperti berdemonstrasi atau sebagainya."

Memberi contoh akan kejadian demonstrasi pelajar universiti di Universiti Malaya baru-baru ini, Abdul Rahman berkata yang rugi nanti adalah pelajar-pelajar yang terbabit apabila mereka digantung atau di buang universiti atau ditarik balik biasiswa mereka.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak sentiasa memberi perhatian khusus terutamanya menyediakan pelajaran yang terbaik buat anak-anak Sarawak dari pra-sekolah lagi.

"Kita di Pantai Damai juga tidak mahu ketinggalan dalam menyediakan anak-anak kita dengan ilmu dan yang seterusnya mampu membawa mereka ke menara gading seperti orang lain."

Beliau menyatakan, untuk tujuan tersebut kerajaan telah menyediakan infrastruktur sekolah yang selesa dan kondusif serta menambaik kualiti pendidikan dan tenaga pelajar.

Dalam majlis berkenaan seramai 63 penerima bantuan yang terdiri daripada pelajar IPT, NGO dan Persatuan menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM177,300. - Sarawakiana
Pelajar IPT Sarawak Disaran Agar Hindari Aktiviti Negatif Pelajar IPT Sarawak Disaran Agar Hindari Aktiviti Negatif Reviewed by Salfian Nawawi on December 01, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.