Seo Services

Penjenayah Meminta Maaf Silap Tetak Orang


Kuching : Dalam satu kejadian yang berlaku tiga hari lalu, seorang daripada empat penjenayah bertindak memohon maaf kepada individu yang ditetaknya selepas tersedar, lelaki tersebut bukanlah sasaran sebenar.

“Maaf, kami tersalah orang,” cakap seorang penjenayah tersebut dalam kejadian yang berlaku di Taman Sukma semalam dan terus menghantar mangsa ke sebuah hospital swasta mungkin kerana kesian.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad mengesahkan kejadian ini dan memberitahu, selepas mereka menyedari telah tersalah orang, salah seorang dari penjenyah tersebut telah bertindak nekad menghantar mangsa ke sebuah hospital.

Menurut beliau lagi sebelum kejadian, mangsa bersama dengan seorang rakan telah terserempak dengan penjenayah-penjenayah tersebut yang membawa parang dan terus keluar untuk menyelamatkan diri tetapi tidak sempat apabila satu libasan telah mengenai mangsa.

“Suspek kemudian menghalang kereta mangsa menyebabkan dia dan rakan keluar melarikan diri. Bagaimanapun, cubaan mangsa melarikan diri gagal menyebabkan dia ditetak penjenayah terbabit.

“Selepas mencederakan mangsa, barulah suspek sedar lelaki itu bukan sasarannya. Salah seorang suspek meminta maaf dan segera menghantarnya ke hospital.

“Mangsa berkata, dia tidak mengenali semua suspek selain tidak tahu apakah punca sebenar dia diserang,” katanya.

Bagaimanapun dua orang suspek telah berjaya ditahan di sekitar bandar tersebut dan polis masih memburu dua lagi suspek. Kes ini disiasat mengikut seksyen 326 kanun keseksaan.
Penjenayah Meminta Maaf Silap Tetak Orang Penjenayah Meminta Maaf Silap Tetak Orang Reviewed by Unknown on December 01, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.