KUCHING: Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Sarawak menjelaskan pesawat yang didakwa dilihat "terbang rendah" oleh beberapa inidividu berdekatan Santubong baru-baru ini adalah pesawat penerbangan biasa dan bukannya pesawat AirAsia QZ8501 yang dikatakan hilang itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, pegawai DCA Haidi Ramelan telah memaklumkannya bahawa kawasan tersebut (Santubong) merupakan laluan keluar dan masuk bagi setiap penerbangan masuk ke Kuching, Sarawak.
"Tiada tanda didalam radar bahawa pesawat yang dilihat seperti yang dilaporkan oleh pengadu adalah pesawat malang QZ8501 dan beliau (Haidi) memberitahu pesawat-pesawat tersebut adalah pesawat yang beroperasi mengikut jadual," tegasnya lagi.
Roslan berkata demikian berhubung dengan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Santubong oleh orang awam pada jam 1120 pagi tadi, dimana seorang pengadu mendakwa ada melihat sebuah pesawat "terbang rendah" pada jam lebih kurang 1250 tengah hari semalam.
Pengadu mendakwa, beliau dan isterinya yang menaiki kereta dari Kampung Buntal menuju ke Bandaraya Kuching ada melihat sebuah kapal terbang yang berwarna merah putih dipercayai pesawat milik Air Asia sedang terbang rendah dibawah paras Gunung Sejinjang ketika mereka melalui Simpang Pasir Pandak
Difahamkan, pesawat berkenaan terbang melalui melalui Kampung Buntal menuju ke laut diperairan Tanjung Po.
Roslan juga menyatakan, susulan laporan terbut, pihak polis telah merujuk laporan tersebut kepada pihak DCA untuk tindakan selanjutnya.
Pesawat Air Asia QZ8501 yang dilaporkan hilang ketika berlepas dari Lapangan Terbang Juanda iaitu penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada pagi awal pagi semalam.
-Sarawakiana
Pesawat Yang Dikesan "Terbang Rendah" Di Sarawak Hanyalah Pesawat Biasa
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2014
Rating:

No comments: