Seo Services

QZ8501: Laporan Tidak Rasmi Dakwa Temui Serpihan Pesawat Hilang


PETALING JAYA: Satu laporan yang belum disahkan mendakwa pasukan pencarian telah menemui serpihan pesawat QZ8501 yang terapung di perairan berhampiran Pulau Belitung.

Portal berita Indonesia, Bangka Pos melaporkan, bagaimanapun tiada pengesahan dibuat mengenai penemuan serpihan itu setakat ini.

Berita mengenai penemuan itu tersebar selepas Pengarah Pengangkutan Air Indonesia, Djoko Murjatmodjo mengadakan sidang media pada pagi Ahad.

Dalam sidang media itu, Djoko memberitahu, kali terakhir pesawat tersebut dikesan ialah berhampiran Tanjung Pandan, Pulau Belitung di Kalimantan.

Penerbangan yang membawa 162 penumpang itu terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 42 minit berlepas dari lapangan terbang di Surabaya. - mStar
QZ8501: Laporan Tidak Rasmi Dakwa Temui Serpihan Pesawat Hilang QZ8501: Laporan Tidak Rasmi Dakwa Temui Serpihan Pesawat Hilang Reviewed by Salfian Nawawi on December 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.