Salah seorang dari empat rakyat Malaysia yang meninggal dalam kebakaran
di asrama pekerja di Geylang, Singapura pada
awal pagi Sabtu lepas adalah rakyat Sarawak.
Mangsa di kenal pasti sebagai Yusoff
Masrong yang berusia 49 tahun bersama Jubitol Rumanjing, 37 (Sabah) , Muslan
Musundo, 43 (Sabah) dan Ramu Kotiah, 50 (Perak) yang
bekerja sebagai tukang cuci maut dalam kejadian tersebut yang berlaku lebih
kurang jam 1.40 pagi.
Menurut, Timbalan Pesuruhjaya
Malaysia di Singapura, Kamsiah Kamaruddin berkata dalam kejadian tersebut tiga daripada mangsa mati di tempat kejadian sementara
mangsa keempat meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.
Beliau juga mengesahkan semua mangsa yang
meninggal dunia merupakan pekerja yang menetap di negara tersebut dan mereka berjaya
dikenalpasti melalui kad pengenalan dan pasport milik mangsa.
Sementara itu, ketua pasukan Pertahanan
Awam Singapura (SCDF) yang dipetik dari sebuah suratkhabar Singapura berkata
mereka dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut.
“Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk
dua anggota bomba yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke Hospital
Tan Tock Seng dan Hospital Besar Singapura.
"Pihak kami bekerja sama dengan polis
Malaysia dan Jabatan Imigresen serta Jabatan Pendaftaran Negara untuk
mengenalpasti dua lagi waris keluarga mangsa yang terlibat," katanya lagi.
Proses penghantaran pulang
mayat empat warga Malaysia yang maut ke Malaysia sedang diuruskan dan ketika
ini mangsa masih ditempatkan di rumah mayat General Hospital of Singapore. –
Sarawakiana
Rakyat Sarawak Salah Seorang Mangsa Dalam Kebakaran Di Singapura
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
December 08, 2014
Rating:

No comments: