Seo Services

Tiada Larangan Pengunaan Tanda Salib Di Sekolah Di Sarawak


KUCHING: Tiada larangan pengunaan tanda Salib, iaitu simbol suci bagi penganut Agama Kristian ke atas pelajar ke sekolah di Sarawak.

Ini ditegaskan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah, yang juga bertanggungjawab ke atas pendidikan di Sarawak.

"Walaubagaimana pun, mereka (pelajar) tidak dibenarkan mengguna tanda Salib yang diperbuat daripada bahan emas kerana ini adalah untuk keselamatan, mengikut undang sekolah yang telah ditetapkan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan," tambahnya lagi.

Fatimah, yang juga ADUN Dalat ditanya pemberita hari ini mengenai laporan di mana terdapat pelajar di Sabah dilarang menggunakan tanda Salib di sekolah tanpa kebenaran dari pihak lembaga displin sekolah.

Beliau juga menjelaskan setakat ini, tiada laporan seumpama kejadian tersebut di Sarawak. - Sarawakiana
Tiada Larangan Pengunaan Tanda Salib Di Sekolah Di Sarawak Tiada Larangan Pengunaan Tanda Salib Di Sekolah Di Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on December 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.