ARSENAL mengembalikan prestasi terbaik mereka untuk musim ini selepas menewaskan Manchester City, 2-0 di gelanggang lawan.
Pasukan kendalian pengurus Arsene Wenger itu mempamerkan aksi menakjubkan pada separuh masa pertama.
Santi Cazorla menjaringkan satu gol pada minit ke-24 menerusi sepakan penalti.
Pemain tengah itu kemudiannya mengumpan satu hantaran cantik kepada Olivier Giroud yang menanduk masuk gol kedua pada minit ke-67 di Stadium Etihad.
Kemenangan penting itu menyuntik semangat dan kepercayaan baharu kepada anak didik Wenger untuk memulakan misi memburu slot empat teratas.
Tiga mata ini turut berjaya menebus kekecewaan The Gunners yang dibelasah Man City 6-3 pada kunjungan terakhir mereka pada Disember 2013.
Keputusan tersebut menyaksikan anak buah Manuel Pellegrini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Chelsea.
City akan bertemu Chelsea di Stamford Bridge pada 31 Januari ini.
Arsenal pula merapatkan jurang dengan pasukan tempat keempat, Manchester United.
The Gunners kini ketinggalan 13 mata di belakang Chelsea.
Perlawanan tersebut adalah kekalahan pertama City dalam 15 perlawanan dan kemenangan pertama untuk Arsenal di Etihad sejak kemenangan 3-0 pada Oktober 2010. - mStar
Arsenal Pamer Aksi Menarik, Benam City 2-0
Reviewed by uMieySurianie
on
January 19, 2015
Rating:
No comments: