BAMAKO: Kerajaan Mali dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan negara berkenaan bebas daripada jangkitan Ebola selepas tidak mencatatkan kes terbaharu dalam tempoh 42 hari berkaitan virus yang membawa maut itu.
"Saya isytihar hari ini... berakhirnya wabak virus Ebola di Mali," kata Menteri Kesihatan, Ousmane Kone.
Pengumuman negara barat di Afrika sudah bebas daripada wabak itu kemudiannya disahkan oleh Ketua Pejabat Mali berkaitan Misi PBB untuk Tindakan Kecemasan Ebola (UNMEER), Ibrahima Soce Fal.
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut akibat Ebola di Mali dengan kematian pertama dicatatkan pada Oktober tahun lalu. - AFP
Mali Isytihar Bebas Daripada Wabak Ebola
Reviewed by Unknown
on
January 19, 2015
Rating:
No comments: