KUCHING: Situasi banjir di sini tidak dapat dielak
jika jumlah air yang banyak dari hulu Sungai Sarawak bertembung dengan air
pasang selepas jam 10 malam kelmarin.
Menurut Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menerusi satu
kenyataan, stesen-stesen telemetri telah mencatat paras tinggi dengan jumlah
hujan terkumpul yang banyak.
“Keadaan di hulu sangat tidak elok. 70 peratus stesen telemetri
yang mengukur paras air dan jumlah hujan mencatat kadar paras merah iaitu paras
yang tinggi dan jumlah hujan terkumpul sejak tengah malam tadi hingga 4.30
petang ini (semalam) dengan bacaan 1,600 milimeter.
“Ini adalah jumlah hujan yang amat banyak,” kata kenyataan LSS
tersebut.
Kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa paras air Sungai
Sarawak ketika ini adalah 10 meter iaitu paras yang melebihi dua meter daripada
paras harian Sungai Sarawak.
Sehubungan itu, LSS menasihati orang ramai supaya berwaspada.
“Simpan dan kumpulkan semua dokumen penting agar mudah dicapai
bila ada keperluan arahan berpindah,” katanya. - UB
Simpan Dan Kumpulkan Semua Dokumen Penting
Reviewed by JANUARIUS
on
January 19, 2015
Rating:
No comments: