Seo Services

Fenomena Air Pasang 'King Tide' Sarawak Diramal Bermula Hari Ini


KUCHING : Jumlah mangsa banjir di Sarawak dijangka akan terus meningkat hari ini berikutan hujan lebat yang turun tanpa henti di negeri itu sejak Sabtu lalu.

Ini diburukkan lagi dengan ramalan akan berlakunya fenomena air pasang besar “King Tide” yang dijangka bermula hari ini hari sehingga 26 Januari akan datang.

Menurut kalendar tahunan kerajaan negeri, Sarawak akan mengalami air pasang besar setinggi 5.7 meter hari ini diikuti dengan enam meter tinggi pada keesokkan harinya dan paras yang paling tinggi dijangka mencecah 6.3 meter yang akan berlaku pada 22 dan 23 Januari nanti.

Sementara itu, seramai 2,534 orang mangsa banjir dari 28 buah kampung di beberapa bahagian di Kuching telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir setakat jam 7 pagi tadi setelah kediaman mereka dinaiki air bermula petang semalam akibat hujan lebat sepanjang dua hari lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bilik Operasi Banjir Kuching, jumlah berkenaan melibatkan sejumlah 520 buah keluarga.

Jumlah tertinggi yang dicatatkan bagi mangsa permindahan adalah di daerah Padawan yang mencatatkan seramai 1,386 orang mangsa, diikuti oleh daerah Kuching 882 orang mangsa, daerah Siburan 211 orang dan daerah Bau 55 orang mangsa.

Kesemua mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sama ada dewan masyarakat atau di sekolah yang berada di kawasan tinggi.-Awani
Fenomena Air Pasang 'King Tide' Sarawak Diramal Bermula Hari Ini Fenomena Air Pasang 'King Tide' Sarawak Diramal Bermula Hari Ini Reviewed by Unknown on January 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.