KUCHING: ADUN Samariang Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berpuashati dengan persiapan yang telah dibuat di pusat pemindahan mangsa banjir buat kawasan Samariang di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Petra Jaya.
"Tempat pemindahan banjir di DBP amat selesa dan segala keperluan asas telah disediakan," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada petugas-petugas banjir yang telah membuatkan segala persiapan dengan jayanya.
"Nampaknya (sehingga pagi ini) keadaan air banjir di kawasan Samariang telah mula surut," kata Hasidah ketika dihubungi Sarawakiana sebentar tadi.
"Keadaan banjir kini terkawal dan mudah-mudahan hujan akan berhenti," katanya lagi sambil menambah walaubagaimanapun, InsyaAllah, kita tetap bersedia dan "standby 24/7" untuk menghadapi kemungkinan paras air naik lagi.
Semalam, Hasidah telah melawat sendiri ke pusat pemindahan mangsa banjir buat kawasan Samariang yang bertempat DBP.
Menurut data statistik yang diperolehi dari Bilik Operasi Banjir Bahagian Kuching, setakat jam 5 pagi tadi, dua keluarga (15 orang) dari Astana Lot (depan Pawada) telah dipindahkan ke permis tersebut. - Sarawakiana
Pusat Pemindahan Mangsa Banjir DUN Samariang Siap Siaga
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 19, 2015
Rating:
No comments: