Seo Services

Bantuan Banjir Bukti Hubungan Akrab Malaysia-China


KUALA LUMPUR: Bantuan banjir yang disumbangkan kerajaan China kepada rakyat Malaysia membuktikan hubungan persahabatan di antara kedua-dua negara kekal akrab, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil menzahirkan penghargaan kepada kerajaan China, beliau menyifatkan sumbangan itu akan diterima dengan begitu baik oleh rakyat Malaysia.

Najib menerima beberapa bentuk sumbangan bantuan mangsa banjir daripada Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia.

Sumbangan itu melibatkan 2,950 khemah bersaiz 12 meter persegi dan 36 meter persegi, 220 set generator iaitu 20 unit berkuasa 5 kilowatt manakala 200 unit berkuasa 3 kilowatt, 400 pam air berkapasiti 1.1 kilowatt, 45 gulung hos air dan 60 unit pembersihan air berkapasiti 500 liter sejam.

Bantuan lain merangkumi 400 buah rumah sementara yang akan turut disumbangkan kerajaan China tidak lama lagi.

Semua bantuan yang disalurkan negara itu adalah dalam tiga fasa dengan fasa pertama diterima hari ini manakala fasa kedua dan ketiga bakal menyusul dalam masa terdekat.

Najib berkata proses pemulihan di kawasan terjejas akibat banjir dijangka disiapkan kurang daripada tempoh dua tahun memandangkan kerajaan telah mewujudkan program khas untuk membina rumah sementara dan rumah kekal.

"Saya telah berikan arahan, di kawasan di mana ada yang memiliki tanah sendiri, kita akan bina rumah kekal," katanya. - RTM
Bantuan Banjir Bukti Hubungan Akrab Malaysia-China Bantuan Banjir Bukti Hubungan Akrab Malaysia-China Reviewed by Salfian Nawawi on January 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.