Seo Services

Bekalan Petrol Dijamin Sampai Ke Limbang




LIMBANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Limbang memberi jaminan bahawa bekalan minyak petrol akan sampai ke daerah ini selewat-lewatnya awal pagi ini.

Ketua Cawangan KPDNKK Bahagian Limbang Zakaria Awang berkata, sebuah lori treler memuatkan 20,000 liter minyak petrol daripada stesen minyak Shell sudah diarah ke Kota Kinabalu semalam.

Jelasnya, arahan itu berikutan masalah ketiadaan minyak petrol membabitkan tiga stesen minyak utama di daerah ini akibat laluan Pan Borneo yang terputus hubungan disebabkan musibah banjir sejak Selasa lepas.

“Kita berharap kawasan Beaufort dan Sipitang Sabah tidak dinaiki air kerana sebuah treler dari stesen minyak Shell mampu memuatkan 20,000 liter minyak petrol sudah bergerak ke Kota Kinabalu pagi ini (semalam) untuk mendapatkan bekalan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Limbang mengalami krisis bekalan minyak petrol sejak pagi kelmarin.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati ketiga-tiga stesen minyak utama di sini tidak lagi menjual bekalan minyak petrol kecuali untuk pengagihan bekalan makanan ke kawasan terjejas banjir.

Zakaria berkata, langkah alternatif turut diambil pihaknya jika laluan ke Kota Kinabalu tidak dapat dilalui akibat banjir.

“Pengarah KPDNKK juga ada berbincang untuk mendapatkan bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghantar bekalan minyak melalui udara.

“Selain itu, kita juga akan mengarahkan agar bekalan minyak petrol dari Lawas dihantar ke Limbang jika pembekalan minyak petrol dari Kota Kinabalu tidak dapat dilakukan,” ujarnya.-BP
Bekalan Petrol Dijamin Sampai Ke Limbang Bekalan Petrol Dijamin Sampai Ke Limbang Reviewed by Unknown on January 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.