gambar hiasan |
BINTULU: Awal pagi tadi dua premis yang mana masing-masing di pusat Bandar dan berdekatan kawasan perumahan Tanjung Batu telah diserbu oleh pihak polis.
Dalam serbuan pertama polis telah menahan empat lelaki iaitu tiga daripadanya warganegara Indonesia dan seorang lelaki warga tempatan dan turut merampas 28 unit komputer, satu unit modem serta wang tunai sebanyak RM272.
Memetik laporan berita dari akhbar tempatan, , difahamkan saspek-saspek yang ditahan bagi membantu siasatan tersebut telah disiasat dibawah Akta Imigresen kerana tidak memiliki permit perjalanan yang sah.
Dalam pada itu, dalam serbuan berasingan pula, satu serbuan keatas sebuah premis kedua di tingkat satu Jalan Masjid pusat bandar, dan pihak polis telah menahan 20 orang membabitkan 17 lelaki dan tiga perempuan serta merampas 14 unit computer sepertimana telah dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Abdul Razak Mohamad ketika sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu semalam.
Sehubungan dengan itu, operasi yang tamat pada jam 4.30 pagi itu adalah merupakan salah satu cara bagi mengekang aktiviti perjudian haram dan jika bukti mencukupi tertuduh bukan sahaja didakwa di bawah akta rumah judi terbuka bahkan disiasat mengikut akta pencegahan jenayah dan ini juga adalah tindakan tegas pihak polis dalam membanters kegiatan judi di daerah ini.
Sumber: BP
Premis Judi Di Tanjung Batu Tanpa Lesen Diserbu Polis.
Reviewed by Unknown
on
January 23, 2015
Rating:
No comments: