PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil serius laporan berita tidak sahih yang dikeluarkan oleh salah sebuah media tempatan.
Di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Melaka pada 23 Januari 2015 pukul 4.15 petang adalah disebabkan proton perdana dari arah Merlimau yang diburu pasukan JPJ sehingga memasuki jalan bertentangan berlangar dengan produa kancil dan menyebabkan 4 maut di tempat kejadian.
Ibu Pejabat JPJ telah menerima laporan penuh daripada JPJ Negeri Melaka berhubung dengan situasi sebenar yang berlaku iaitu, 4 anggota JPJ yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan sebuah kemalangan dan telah memberi bantuan yang sewajarnya sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian.
Berikutan dengan itu, laporan Polis telah dibuat oleh anggota yang berada di tempat kejadian bagi menjelaskan situasi sebenar dan menafikan laporan berita yang dikeluarkan oleh media tempatan tersebut.
JPJ melahirkan rasa kecewa dengan laporan berita yang ditulis tanpa membuat rujukan sahih daripada pihak jabatan.
Siasatan sedang dibuat berhubung dgn laporan berita tersebut. - Ibu Pejabat JPJ Malaysia
Berita "Empat Maut Kereta Diburu JPJ Berlanggar Sebuah Kancil" Tidak Benar
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 24, 2015
Rating:

No comments: