Seo Services

Penubuhan Unit Bencana Dibawah JKM


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan satu unit bencana dibawah kementeriannya bagi menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bencana baharu yang lebih cekap.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Sri Hajah Rohani Abdul Karim berkata unit tersebut akan bertindak memperhalusi SOP berkaitan bencana sedia ada bagi menambah baik pengurusan sedia ada yang hanya mampu menangani bencana biasa seperti banjir.

"Unit tersebut akan mengadaptasi SOP yang digunakan oleh negara yang pernah menghadapi bencana-bencana bersekala besar seperti di Jepun yang turut mengadakan simulasi bencana, ini termasuk banjir, tanah runtuh dan juga nahas udara yang jarang berlaku di negara ini."

Rohani, yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Taklimat Terkini mengenai banjir di Sarawak di JKM, Petra Jaya pagi tadi.

Ditanya mengenai dakwaan beberapa kawasan yang terputus atau lambat menerima bekalan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Rohani menyatakan ianya adalah kerana 21 pangkalan hadapan yang diwujudkan seluruh negeri adalah berdasarkan kawasan yang dilanda banjir sebelum ini namun banjir melanda tempat lain.

"Secara keseluruhanya kementerianya telah membelanjakan 58 juta ringgit untuk bekalan makanan dan minuman termasuk anggaran kemusnahan aset dan pejabat di kawasan terjejas banjir tidak termasuk di Sabah dan Sarawak," jelasnya lagi. - Sarawakiana
Penubuhan Unit Bencana Dibawah JKM Penubuhan Unit Bencana Dibawah JKM Reviewed by Salfian Nawawi on January 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.