Diadakan taklimat terkini banjir di Sarawak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak kepada Dato Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat bertempat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Taman Sukma, Petra Jaya, pagi ini.
Taklimat yang diberikan adalah mengenai perkembangan keadaan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan dan penambahbaikkan yang boleh dilaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pengurusan banjir.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim berkata, skop utama Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah pusat pemindahan untuk mangsa banjir.
“Sememangnya menjadi tugas dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat menangani sebaik yang mungkin segala pengurusan-pengurusan yang berkaitan dengan bencana ini iaitu banjir," katanya.
Rohani mengatakan beliau mahu kesamarataan dilakukan sama seperti pengurusan dan penambaikan dibawah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilakukan di Semenanjung Malaysia dimana tragedi banjir yang telah melanda mereka baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rohani juga telah meminta pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan satu unit baru iaitu Unit Bencana di peringkat kementerian dalam masa yang terdekat.
“Unit Bencana ini bukan sahaja tertumpu kepada banjir, tetapi juga bencana-bencana lain seperti puting beliung yang pernah terjadi baru-baru ini, selain itu tragedi yang melanda syarikat penerbangan Malaysia juga dianggap sebagai bencana,” ujar Rohani.
Peranan utamanya adalah menjadi salah satu unit pengurusan khas untuk memobilisasikan sukarelawan, mengadakan kursus dan kaunseling dan menyediakan simulasi yang terbaik sebelum menghadapi bencana mengikut skop di peringkat yang lebih tinggi.
Bercakap mengenai kos perbelanjaan yang disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebanyak RM58 juta telah digunakan untuk persiapan menguruskan banjir serta membaikpulih kerosakan yang dialamai oleh mangsa banjir tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
“Pihak kami belum lagi menerima apa-apa maklumat lagi mengenai kerugian yang dialami mangsa kerana di Sabah dan Sarawak masih mengalami bencana banjir ini,” jelas Rohani semasa taklimat terkini banjir di Sarawak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
Rohani, yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar memberi jaminan pihak kementerian dan kebajikan masyarakat akan memberi apa-apa bantuan yang diperlukan kerana ia adalah tugas dan tanggungjawab bersama.-Sarawakiana.
Pengurusan Dibawah Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlu Dititikberatkan - Rohani
Reviewed by Unknown
on
January 23, 2015
Rating:

No comments: