REAKSI Kevin Mirallas (kanan) selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi di Goodison Park, awal pagi tadi. - Foto AFP |
LIVERPOOL: Kevin Mirallas mensia-siakan sepakan penalti yang tidak sepatutnya diambil ketika Everton terikat tanpa jaringan sewaktu menentang West Bromwich Albion pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Everton dihadiahkan sepakan penalti di hujung babak separuh masa pertama apabila pemain pertahanan, Joleon Lescott terpegang bola dalam kotak penalti.
Mirallas terus mengambil bola dan berjalan ke tempat sepakan penalti, sambil enggan memberikan tugas berkenaan kepada pemain yang biasa ditugaskan iaitu Leighton Baines biarpun dibantah rakan sepasukan lain.
Penyerang kelahiran Belgium itu kemudiannya mengambil sepakan penalti tetapi tersasar jauh dari palang dan terus dikeluarkan pada separuh masa oleh pengurus Roberto Martinez.
Insiden itu adalah saat kemuncak pada perlawanan berkenaan tetapi Martinez dan pemain tengah, Steven Naismith yang tidak berpuashati dengan tindakan Mirallas ketika enggan memberikan bola kepada Baines kemudiannya bertindak pasif selepas tamat perlawanan.
"Sudah tentu bagi saya, Leigthon Baines adalah pengambil sepakan penalti No. 1. (Tapi Mirallas) rasa amat yakin dan dia mahu mengambil sepakan penalti ketika itu. ... Leighton Baines pula agak gembira apabila membenarkan dia mengambilnya.
"Kekecewaan terbesar ialah kita tersasar sepakan penalti, bukan siapa yang mengambilnya atau mengapa kami melepaskan peluang itu," katanya.
Martinez berkata, dia mengeluarkan Mirallas kerana "pemain itu tidak 100 peratus cergas, dia mengadu alami kejang otot."
West Brom terus menambah derita Everton selepas rehat babak pertama apabila tuan rumah gagal memecah kebuntuan walaupun menguasai permainan.
West Brom kekal ketinggalan satu mata di belakang Everton yang kini di tangga ke-12, kemarau kemenangan dalam enam perlawanan.
West Brom pula belum kalah dalam tiga perlawanan di bawah bimbingan pengurus baharu, Tony Pulis. - AP
Kedegilan Mirallas Tambah Derita Everton
Reviewed by Unknown
on
January 20, 2015
Rating:
No comments: