KUALA LUMPUR: Kerjasama dan hubungan ketenteraan antara Malaysia dan China membantu dalam usaha memerangi kegiatan militan di rantau ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Beliau berkata bagi memastikan rantau ini selamat daripada ancaman keganasan militan, kerjasama dengan negara lain adalah perlu terutamanya berkaitan aspek perisikan.
"Malaysia dan China bekerjasama dalam bidang perisikan dan juga bidang lain bagi memerangi kegiatan militan yang meningkat sejak kebelakangan ini.
"Kami sebenarnya memperluaskan hubungan dengan hampir semua negara dalam isu berkaitan keganasan, kerana keganasan merupakan isu global," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis syarahan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) 10/2015.
Hubungan diplomatik Malaysia-China yang terjalin sejak lebih 40 tahun lepas, bukan sahaja memberi kesan positif dalam bidang ekonomi dan sosial, malah ia juga dapat memastikan rantau ini sentiasa selamat.
"Jadi kerjasama yang terjalin dalam bidang ketenteraan bertujuan meningkatkan pertalian dan pemahaman antara kedua-dua negara bagi memastikan rantau ini sentiasa selamat," katanya. - RTM
Kerjasama Ketenteraan Malaysia-China Bantu Perangi Kegiatan Militan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 14, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 14, 2015
Rating:

No comments: