Seo Services

Kes Nizar fitnah PM di Mahkamah esok

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan esok untuk memutuskan bantahan awal yang dikemukakan pihak pembelaan dalam kes fitnah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lepas.

Hakim Madihah Harullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud.

Pada 28 Oktober tahun lepas, Madihah menetapkan lima hari mulai hari ini sebagai tarikh perbicaraan bagi kes itu.

Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohammad Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Mohd Yusof, manakala pihak pendakwaan diwakili Mohd Masri, yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab. - BERNAMA
Kes Nizar fitnah PM di Mahkamah esok Kes Nizar fitnah PM di Mahkamah esok Reviewed by Admin on January 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.