Seo Services

Muhyiddin Lawat Kawasan Banjir Di Sarawak Hari Ini


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Muhyidin Mohd Yassin dijadual akan melawat kawasan banjir di Sarawak hari ini.

Setibanya beliau di Lapangan terbang Miri pada jam 2 petang nanti, Muhyidin akan mengadakan satu Sidang Media sebelum berlepas ke Limbang dengan menaiki helikopter untuk meninjau keadaan banjir terkini di sana.

Timbalan Perdana Menteri juga akan menghadiri Taklimat Banjir dan Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Banjir Sarawak di Bilik Gerakan Banjir Pejabat Residen Limbang sebelum melawat ke ke Pusat Pemindahan Banjir dan meninjau Lokasi Terjejas Banjir di Dewan Masyarakat Kampung Bidang Limbang.

Beliau juga dijadualkan berlepas dan di Kota Kinabalu, Sabah pada sebelah malam sebelum meninjau kawasan yang terjejas di sana akibat banjir esok. - Sarawakiana
Muhyiddin Lawat Kawasan Banjir Di Sarawak Hari Ini Muhyiddin Lawat Kawasan Banjir Di Sarawak Hari Ini Reviewed by Salfian Nawawi on January 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.