Seo Services

Penduduk Tawau Rasai Gegaran Gempa Di Sulu Archipelago


TAWAU: Penduduk di kawasan Tawau dilaporkan merasai gegaran gempa bumi 5.8 Richter yang berlaku di Sulu Archipelago, Filipina, awal hari ini.

Penghuni di perumahan Sri Titingan, Badriansyah Hamdi, 52, berkata beliau turut merasai gegaran itu sekitar jam 1.20 pagi.

"Gegaran itu membuatkan saya panik seketika. Namun saya tidak meninggalkan rumah kerana gegaran itu hanya berlaku dalam beberapa saat dan ini merupakan kali kedua saya merasakan gegaran seperti itu," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Howard Martin, 43, dari Taman Perwira Batu 8 berkata, beliau tidak menyedari kejadian gempa berkenaan dan hanya mengetahuinya apabila jiran memaklumkan kepada beliau sejurus selepas gegaran itu.

"Ketika dihubungi jiran mengenai kejadian itu, saya baru hendak tidur namun saya tidak merasai sebarang gegaran," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak panggilan sejurus selepas kejadian gempa bumi itu.

"Tiga jentera telah membuat rondaan pada 1.40 pagi namun tiada sebarang laporan kerosakan diterima," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman webnya melaporkan berlaku gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter di garisan 4.7 utara dan 119.8 timur pada 1.19 pagi dan gegaran itu dapat dirasai di Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Pusat gempa terletak 148 kilometer timur laut Semporna, Sabah.- BERNAMA
Penduduk Tawau Rasai Gegaran Gempa Di Sulu Archipelago Penduduk Tawau Rasai Gegaran Gempa Di Sulu Archipelago Reviewed by Unknown on January 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.