Jumlah keseluruhan penduduk terjejas oleh banjir di Sarawak yang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di Kuching dan Samarahan telah menjangkau lebih 7000 orang.
Maklumat terkini dari Pusat Gerakan Operasi Negeri Sarawak setakat jam 8 pagi tadi jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan adalah lebih 7000 orang yang meliputi;
1. KUCHING.
- Kampung Tengah Sungai seramai 55 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di SJK Chung Hua
- Kampung Batu Kitang seramai 389 orang daripada 84 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Batu Lintang Raya.
- Rantau Panjang seramai 433 orang daripada 61 keluarga ditempatkan di Kedai Tepi Jambatan Batu Kawa.
- Beradek seramai 101 orang ditempatkan di SK Beradek.
- Astana Lot seramai 34 orang daripada 5 keluarga ditempatkan di Dewan Bahasa Pustaka.
- Lorong 17/51 Desawira seramai 176 daripada 87 keluarga ditempatkan di Dewan Masyarakat Stapok Stephen Yong.
- Tupong seramai 367 orang daripada 101 keluarga ditempatkan di Dewan Tupong.
- Kampung Sinar Budi Baru seramai 265 orang daripada 74 keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Sinar Budi.
- Kampung Sandong Kuching seramai 43 orang daripada 8 keluarga ditempatkan di rumah saudara mara.
- Kampung Sinar Budi Lama seramai 197 orang daripada 38 keluarga ditempatkan di rumah kedai.
- Kampung Sungai Maong seramai 190 orang daripada 55 keluarga ditempatkan di Masjid Sungai Maong.
- Sri Segedup Kampung Surih Lovely Land seramai 204 orang daripada 50 keluarga ditempatkan di SK Chung Hua Stapok.
- Kampung Segedup seramai 95 orang daripada 20 keluarga ditempatkan di Dewan Masyarakat Kampung Segedup.
- Kampung Sejijak seramai 404 daripada 90 keluarga ditempatkan di SK Sejijak.
- Kampung Paroh seramai 478 orang daripada 96 keluarga ditempatkan di Surau Darul Albari.
- Kampung Bintawa seramai 95 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di Dewan Capsul Panglima Seman.
- Kampung Selapit seramai 20 orang daripada 5 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Selapit.
- Kampung Stapok seramai 193 orang daripada 35 keluarga ditempatkan di SJK Chung Hua Stapok.
- Kampung Bokah seramai 32 orang daripada 8 keluarga ditempatkan di Gereja St. Gragory.
- Kampung Semilang seramai 350 orang ditempatkan di Dewan Kampung Semilang.
- Kampung Gita Lama seramai 124 orang daripada 32 keluarga ditempatkan di Surau Darul Naim.
- Kampung Gita Laut seramai 60 orang daripada 18 keluarga ditempatkan di Surau Darul Fadzillah.
- Kpg Kudei Iban/Dungun/ Kampung Kudei Baru seramai 580 daripada 150 keluarga ditempatkan di SMK Chung Hua No.4.
- Pasar Batu Kawa seramai 117 orang daripada 33 keluarga ditempatkan di SMK Minlit.
- Kampung Rampangi Fasa 112 orang daripada 2 keluarga ditempatkan di SK Rampangi.
2. LUNDU
- Kampung Bitokan seramai 211 orang daripada 44 keluarga ditempatkan di rumah saudara mara.
- Kampung Bokah seramai 32 orang daripada 8 keluarga ditempatkan di rumah saudara mara.
- Kampung Selampit seramai 20 orang daripada 5 keluarga ditempatkan di Balairaya Selampit.
3. SIBURAN
- Kampung Kitanjung Kepayang, Kampung Sungai Burung Batu Gong dan Kampung Sinaran Jaya Jalan Tanah Puteh telah berpindah ke tempat tinggi di kawasan kampung dan rumah saudara mara.
- Mambong Siburan seramai 46 orang daripada 20 keluarga ditempatkan ke Balai Raya Kampung Mambong.
- Kampung Kerumboi seramai 33 orang daripada 6 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kerumboi.
4. PADAWAN
- Kampung Simpok seramai 1026 orang daripada 264 keluarga ditempatkan di SK St. Peter.
- Landeh seramai 109 orang ditempatkan di Masjid Darul Salihin Kampung Landeh.
Sementara itu, sumber Sarawakiana di Kota Samarahan, jumlah penduduk terjejas akibat banjir adalah seperti berikut:
- Kampung Endap seramai 422 orang ditempatkan di pusat pemindahan SK Endap.
- Kampung Nangka seramai 270 orang ditempatkan di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Nangka.
- Dewan tanah Putih seramai 87 0rang.
- DewanSuarah Samarahan seramai 110 orang.
- Sarawakiana
Penduduk Terjejas Akibat Banjir Di Kuching/Samarahan Meningkat Lebih 7,000 Orang
Reviewed by Unknown
on
January 20, 2015
Rating:
No comments: