KOTA KINABALU: Petronas kini tengah menjalankan penilaian komprehensif saluran gas Sabah-Sarawak (SSGP) mereka sebagai sebahagian daripada komitmen kepada “keselamatan saluran gas syarikat dan juga masyarakat sekeliling”.
Penilaian tersebut termasuklah ujian bahagian dalaman dan luaran saluran gas dilaksanakan berikutan kejadian kebakaran pada 10 Jun, 2013 di SSGP Lawas, Sarawak, lebih kurang 135km dari Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT) di Kimanis, Sabah, menurut kenyataan Petronas.
Ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan kerana ia memerlukan kajian yang mendalam dan ujian sistematik untuk memastikan integriti saluran paip itu. Petronas akan meneruskan operasi SSGP selepas penilaian diselesaikan dan semua ciri-ciri keselamatan dipatuhi.
Petronas berkata bahawa mereka mematuhi langkah-langkah keselamatan yang ketat selaras dengan piawaian antarabangsa pada setiap masa dan akan terus berbuat sedemikian di mana-mana sahaja mereka beroperasi.
Tambahan pula, Petronas telah berhubung dengan masyarakat melalui sesi taklimat yang berterusan untuk memberitahu mereka tentang kemajuan proses pemulihan yang dijalankan.
Petronas juga menambah bahawa siasatan yang mendalam telah dijalankan oleh pelbagai agensi-agensi berikutan kejadian kebakaran itu termasuklah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan, dan DNV GL, iaitu sebuah syarikat utama jaminan kualiti untuk menentukan punca kejadian. - FMT
Petronas Periksa Integriti Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak
Reviewed by uMieySurianie
on
January 14, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 14, 2015
Rating:

No comments: