Seo Services

Serangan Charlie Hebdo : Malaysia Juga Perlu Berhati-hati


Pemimpin Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) difahamkan memberikan arahan kepada para pengikutnya di seluruh dunia untuk melancarkan perang suci di negara masing-masing.

Perkembangan itu membuatkan polis Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga.

Pemimpin ISIS, Abu Bakr Al-Baghdadi memesan kepada penyokongnya, selain menyertai perjuangan mereka di Timur Tengah, mereka juga perlu melaksanakan tugas itu di negara mereka sendiri.

Pengumumannya disebarkan secara meluas di internet.

Memetik laporan portal The Malaysian Insider (TMI), Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Jumaat lepas mengingatkan bahawa serangan mirip yang berlaku di majalah satira Perancis Charlie Hebdo juga boleh berlaku di Malaysia.

Menurut beliau, Malaysia perlu meningkatkan langkah keselamatan khususnya di kawasan pantai Sabah yang sebelum ini diceroboh oleh kumpulan militan dari selatan Filipina.

Laman itu juga memetik sumber daripada polis yang berkata kumpulan pelampau agama di Malaysia juga boleh menyebabkan insiden di Paris berulang di sini.

“Jika mereka berasa Islam dalam ancaman di Malaysia atau mereka rasa kepercayaan mereka diancam, individu-individu ini mungkin menggunakan kekerasan dan radikal untuk mempertahankan Islam.

“Ia tidak mengambil masa lama untuk individu fanatik bersenjatakan parang untuk mengamuk di kawasan pinggir bandar yang sibuk,” katanya.

Laporan portal itu juga menyebut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu lepas menggunakan kejadian serangan di Charlie Hebdo itu sebagai sebab kukuh mengapa Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada insiden tersebut kerana ia menunjukkan akta itu perlu bagi mengelakkan serangan seperti itu berlaku di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
Serangan Charlie Hebdo : Malaysia Juga Perlu Berhati-hati Serangan Charlie Hebdo : Malaysia Juga Perlu Berhati-hati Reviewed by Unknown on January 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.