Seo Services

153 Penduduk Mukah Terima Surat Hak Milik Tanah


MUKAH: Sebanyak 153 surat hak milik tanah diserahkan kepada penduduk setempat semasa majlis penyampaian surat hak milik kampung tradisi di Kampung Tanjung di sini, kelmarin.

Majlis penyampaian disempurna Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Tingkat 1, Menara Pehin Setia Raja, Mukah.

Menurut Awang Tengah, Surat  Hak Milik Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) itu dikeluarkan di bawah Program Pengukuran dan Pengeluaran Surat Hak Milik Individu Kampung Tradisional kepada penduduk di kampung tersebut.

“Program ini merupakan usaha berterusan kerajaan bagi memastikan jaminan hak milik ke atas tanah penduduk di kampung tradisi  yang telah lama wujud. Hak milik ini telah dilaksana, sempadan tanah menjadi jelas dan diketahui bagi mengelakkan sebarang pencerobohan dan  pertikaian,” katanya.

Awang Tengah menjelaskan, surat hak milik Seksyen 18 tersebut mempunyai keistimewaannya tersendiri kepada pemiliknya.

“Istimewanya ialah pemilik tanah tidak perlu membayar premium, cukai tanah dan bayaran lain kerana ia percuma. Pemilik tanah juga  menerima tempoh pegangan kekal atau selama-lamannya”.

Beliau turut berkata, penyampaian surat hak milik tanah kepada penduduk di kampung tersebut  melengkapkan pengukuran kampung tradisional bagi kawasan Kampung Seberang, Mukah.

“Sebelum ini, surat hak milik tanah diserahkan kepada penduduk di Kampung Litong, Kampung Bunut dan Kampung Sungai Alo. Tahun lepas, tiga kampung iaitu Kampung Tutus Ulu, Kampung Sau dan Kampung Tegak turut diukur bagi kelulusan yang sama,” katanya.

Beliau berharap agar rakyat terus memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan  untuk meningkatkan kualiti hidup sama ada dari segi sosial ataupun ekonomi.

“Hal ini membuktikan setiap perancangan, usaha dan program kerajaan memang telus dan berterusan bagi memastikan jaminan hak milik ke atas tanah penduduk kampung,” katanya. - UB
153 Penduduk Mukah Terima Surat Hak Milik Tanah 153 Penduduk Mukah Terima Surat Hak Milik Tanah Reviewed by JANUARIUS on February 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.