Seo Services

Bantuan Diberi Kepada Penerima Yang Layak Menerima Bantuan JKM


BINTULU: Bantuan diberi kepada penerima yang layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk bantuan tambahan semasa musim perayaan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, selain menerima bantuan bulanan, bantuan tambahan RM100 seorang termasuk hamper bernilai RM30 akan diberi kepada penerima yang meraikan perayaan di negara ini.

Beliau berkata, untuk yang tidak dapat hadir menerima bantuan perayaan itu, wang berkenaan akan dimasukkan terus ke akaun penerima.

“Konsep pemberian bantuan musim perayaan ini untuk semua kaum, bukan hanya pada perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) bahkan pada perayaan lain,” ujarnya berucap semasa menyampaikan bantuan di Majlis Sejambak Kasih 2015 sempena TBC anjuran JKM Bahagian Bintulu di Auditorium Perpustakaan Awam BDA semalam.

Katanya, bantuan diberi kerajaan sama ada bantuan bulanan ataupun bantuan sejambak kasih adalah untuk semua kaum asalkan memenuhi syarat kelayakan dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM830 sebulan.

Ujarnya, antara bantuan diberi adalah Skim Bantuan Warga Emas, Ibu Tunggal (Skim Bantuan Untuk Anak-Anak) dengan jumlah maksimum RM450 sebulan, orang kelainan upaya (OKU) yang bekerja dari RM300 sebelumnya ditambah kepada RM350 dan OKU yang tidak bekerja dari RM150 sebelumnya kepada RM200.

“Bantuan untuk musim perayaan ini pula bagi membolehkan penerima merayakan perayaan dengan penuh ceria, dapat merasai ‘mood’ perayaan dengan gembira bersama keluarga,” tambahnya.

Di seluruh Sarawak sejumlah 6,518 orang menerima bantuan sejambak kasih tersebut dan di Bintulu seramai 249 orang.

“JKM telah menubuhkan pejabat satelit untuk bergerak ke petempatan golongan memerlukan bantuan mengikut jadual terutama golongan yang tidak berdaya ke pejabat JKM atau tidak mengetahui cara mendapatkan bantuan,” jelasnya.


Residen Bahagian Bintulu, Muhamad Yakup Kari; Penolong Pengarah JKM Negeri Sarawak, Mordiah Sulaiman dan Temenggung Barry Yek turut hadir di majlis itu.Bantuan perayaan tidak kira kaum

BINTULU: Bantuan diberi kepada penerima yang layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk bantuan tambahan semasa musim perayaan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, selain menerima bantuan bulanan, bantuan tambahan RM100 seorang termasuk hamper bernilai RM30 akan diberi kepada penerima yang meraikan perayaan di negara ini.

Beliau berkata, untuk yang tidak dapat hadir menerima bantuan perayaan itu, wang berkenaan akan dimasukkan terus ke akaun penerima.

“Konsep pemberian bantuan musim perayaan ini untuk semua kaum, bukan hanya pada perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) bahkan pada perayaan lain,” ujarnya berucap semasa menyampaikan bantuan di Majlis Sejambak Kasih 2015 sempena TBC anjuran JKM Bahagian Bintulu di Auditorium Perpustakaan Awam BDA semalam.

Katanya, bantuan diberi kerajaan sama ada bantuan bulanan ataupun bantuan sejambak kasih adalah untuk semua kaum asalkan memenuhi syarat kelayakan dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM830 sebulan.

Ujarnya, antara bantuan diberi adalah Skim Bantuan Warga Emas, Ibu Tunggal (Skim Bantuan Untuk Anak-Anak) dengan jumlah maksimum RM450 sebulan, orang kelainan upaya (OKU) yang bekerja dari RM300 sebelumnya ditambah kepada RM350 dan OKU yang tidak bekerja dari RM150 sebelumnya kepada RM200.

“Bantuan untuk musim perayaan ini pula bagi membolehkan penerima merayakan perayaan dengan penuh ceria, dapat merasai ‘mood’ perayaan dengan gembira bersama keluarga,” tambahnya.

Di seluruh Sarawak sejumlah 6,518 orang menerima bantuan sejambak kasih tersebut dan di Bintulu seramai 249 orang.

“JKM telah menubuhkan pejabat satelit untuk bergerak ke petempatan golongan memerlukan bantuan mengikut jadual terutama golongan yang tidak berdaya ke pejabat JKM atau tidak mengetahui cara mendapatkan bantuan,” jelasnya.

Residen Bahagian Bintulu, Muhamad Yakup Kari; Penolong Pengarah JKM Negeri Sarawak, Mordiah Sulaiman dan Temenggung Barry Yek turut hadir di majlis itu. - UB
Bantuan Diberi Kepada Penerima Yang Layak Menerima Bantuan JKM Bantuan Diberi Kepada Penerima Yang Layak Menerima Bantuan JKM Reviewed by JANUARIUS on February 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.