Seo Services

Acara Bantahan Valentine Dilancarkan


Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) melancarkan acara bantahan tahunannya terhadap perayaan Hari Valentine dengan mengingatkan golongan muda bahawa sambutan itu mampu mengakibatkan seks rambang selain amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua pergerakan wanita MUI Tuty Alawiyah mengeluarkan amaran keras bahawa terdapat coklat yang dibungkus dengan kondom selain produk lain yang bertujuan menggalakkan seks luar nikah.

“Banyak coklat perayaan Valentine dijual di pasar raya atau kedai runcit yang turut menyertakan kondom.

“Pemberian hadian boleh memberi kesan negatif apabila membawa kepada cumbuan atau perbuatan lain,” katanya.

Tuty yang pernah memegang jawatan menteri pergerakan wanita ketika pemerintahan Presiden B J Habibie berkata rakyat Indonesia lebih baik tidak menyambut Valentine kerana sekadar memperalatkan konsumerisme yang diimport ke Amerika Syarikat (AS).

Ia turut didakwa mengakibatkan tekanan kerana memaksa penyambutnya membuat pelbagai perancangan semata-mata mahu kelihatan romantik.

“Kenapa perlu tunggu sekali setahun?” soalnya.

Setiap tahun, sekolah di Indonesia melarang pelajar menyambut Valentine manakala organisasi berunsur Islam mengeluarkan pelbagai peringatan mengenai bahaya kelahiran bayi tidak sah taraf akibat sambutan itu. - Agensi
Acara Bantahan Valentine Dilancarkan Acara Bantahan Valentine Dilancarkan Reviewed by uMieySurianie on February 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.