Seo Services

Kisah Kondom "Guna-semula" Dan Komunis


 
(Petikan Facebook Syahril A Kadir - KLIK)
 
Tahukah anda selain daripada pelbagai kelengkapan senjata yang sering dirampas pihak berkuasa daripada anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditembak dulu, ada satu lagi ‘benda’ yang sering ditemui bersama mayat mereka – kondom!
 
Perkara itu didedahkan oleh siapa lagi kalau bukan pegawai polis dari Cawangan Khas (SB) yang terkenal, Datuk Paul Kiong.
 
Paul adalah penerima pingat keberanian tertinggi negara Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
 
Katanya, ramai pengganas komunis terutama yang muda remaja jatuh cinta sewaktu berada di dalam hutan dan berakhir dengan perkahwinan.
 
Pada yang berkahwin atau ingin kekal sebagai kekasih, mereka akan menjalinkan hubungan sulit dan akan menjadikan hutan tebal itu sebagai tempat melepaskan nafsu.
 
” Disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan kondom di dalam hutan ini, kebanyakan pengganas ini akan ‘recycle’ penggunaannya…lepas guna, basuh dan guna semula,” kata Paul dalam satu temuramah dengan portal The Antdaily. - MyNewsHub
Kisah Kondom "Guna-semula" Dan Komunis Kisah Kondom "Guna-semula" Dan Komunis Reviewed by Salfian Nawawi on February 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.