Penemuan objek pelik dan menjijikkan dalam makanan boleh kata sudah acapkali didengar.
Namun lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang wanita bernama Haisyah Yusoff apabila sayur yang dibelinya di sebuah restoran membawa ‘pulangan’ seutas gelang tangan emas!
Dia terkejut kerana tidak sangka menemui gelang emas itu ketika sedang menjamah hidangan tersebut.
Haisyah yang memuatnaik ‘penemuan’ rare tersebut di laman Facebook dengan kapsyen ‘Nak kata rezeki ke penyakit ni? Nasib baik tak tertelan…’ menarik perhatian ramai.
Rata-rata netizen meluahkan keterujaan dengan penemuan gelang emas dalam masakan sayuran tersebut.
Amboi… cuba kalau benda lain, mesti berbakul-bakul dikeji! Haha…
Pun begitu, ada juga yang menasihati Haisyah agar memulangkan kembali kepada pemiliknya yang asal. - MyNewsHub
Beli Sayur Dapat "Free Gift" Gelang Emas
Reviewed by Salfian Nawawi
on
February 19, 2015
Rating:
No comments: