Seo Services

Projek Grid Tenaga Trans Borneo 70 Dan 80 Peratus Siap


KUALA LUMPUR: Projek Grid Tenaga Trans Borneo yang merentasi antara Sarawak dan Kalimantan Barat kini antara 70 dan 80 peratus siap.

Pembinaan asas awam bagi talian transmisi 275kV Mambong hingga ke sempadan 96.5 peratus siap, manakala menara transmisi (91.7 peratus) dan merangkai talian (64.7 peratus).

Dalam pada itu, pembinaan asas awam bagi talian 275kV Bengkayan hingga ke sempadan 73 peratus siap manakala menara transmisi (61 peratus) dan merangkai talian (21 peratus).

Projek tersebut adalah mengikut jadual dan dijangka siap pada suku pertama 2016, kata Pengarah Bekalan Elektrik Kementerian Kemudahan Awam Sarawak Syed Mohamad Fauzi Shahab kepada Bernama.

Beliau ditemui di luar Mesyuarat Perancangan Strategik Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) selama dua hari di sini pada Selasa.

Grid Tenaga Trans Borneo merupakan satu daripada projek utama dilaksanakan oleh BIMP-EAGA di bawah kluster prasarana tenaga.

Perkembangan tersebut dibentangkan di hadapan pegawai-pegawai kanan BIMP-EAGA dan anggota kluster lain.

Projek itu dijangka mengoptimumkan sumber tenaga serantau dengan Sarawak mengeksport tenaga lebihan ke Kalimantan Barat untuk menjana pendapatan tambahan.

Bagi Kalimantan Barat, sistem itu akan membantu meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan bekalan tenaga, mengurangkan kos, dan mempelbagaikan portfolio penjanaan tenaga dengan menghentikan loji tenaga berasaskan minyak yang lama dan tidak cekap.

Sementara itu, Syed Mohamad Fauzi berkata kajian pra-feasibiliti dikenali sebagai Kesalinghubungan dan Hubungan Tenaga Enklaf BIMP-EAGA akan dilaksanakan untuk mengenal pasti projek yang berpotensi.

Beliau berkata kajian itu, yang bertujuan menyelaraskan grid tenaga Asean, akan dirancang dalam kalangan negara-negara anggota Asean.

Dapatannya dijangka siap untuk pengesahan pada mesyuarat peringkat Menteri dan Pegawai-Pegawai Kanan pada November 2015. - Bernama
Projek Grid Tenaga Trans Borneo 70 Dan 80 Peratus Siap Projek Grid Tenaga Trans Borneo 70 Dan 80 Peratus Siap Reviewed by Salfian Nawawi on February 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.