Seo Services

Calon Suami Sawan, Bakal Isteri Kahwin Tetamu


NEW DELHI: Seorang pengantin perempuan di utara India ‘naik marah’ dan meminta untuk menggantikan calon suaminya sendiri ketika lelaki tersebut tiba-tiba kejang dan terjatuh di lantai akibat sawan semasa hampir proses pernikahan.

Sejurus rebah, bakal pengantin lelaki, Jugal Kishore segera dibawa ke hospital menyebabkan mempelai perempuan yang bernama Indira marah dan langsung menunjuk seorang tetamu lelaki yang hadir untuk menjadi calon ganti suaminya.

Kejadian spontan berlaku di bandar Rampur, di negeri Uttar Pradesh itu mengakibatkan tetamu tersebut yang kebetulan masih bujang langsung bersetuju bernikah dengan pengantin perempuan, lapor stesen penyiaran BBC pada Khamis.

Memetik akhbar berpengaruh The Times of India, insiden yang memalukan itu berlaku apabila Kishore, 25 tahun, terjatuh dan tubuhnya kejang beberapa saat setelah menerima tali panjang rangkaian bunga daripada Indira pada upacara varmala.

Pemuda itu gagal melafazkan nikah sekali gus terbongkar rahsia dia sebenarnya menderita akibat sudah lama menghidap penyakit epilepsi namun, pendedahan tidak dirancang itu mengakibatkan keluarga Indira langsung berasa marah.

Media tempatan melaporkan, sebaik keluar dari hospital, Kishore bergegas menemui Indira dan memohon wanita itu menceraikan suaminya kerana malu menjadi bahan ketawa keluarga jika pulang ke rumahnya di Moradabad tanpa membawa isteri.

Namun, si pengantin perempuan tetap tidak berubah fikiran dan mendakwa dia kini sah bergelar isteri orang dan tidak akan sesekali berpisah daripada suaminya yang tercinta apatah lagi menduakan kasih curang kepada lelaki lain.

Seorang pegawai polis tempatan, Ram Khiladi Solanki memberitahu BBC, Kishore dan keluarganya bingung sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis namun, mereka berpendapat, wanita berusia 23 tahun itu sudah bernikah secara rasmi.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa pun kerana ini bukan kes jenayah. Masalah lelaki itu adalah isu bersifat peribadi dan mereka kena mencari jalan keluar sendiri, manakala laporan polis ini pula terpaksa ditolak,” ujar beliau. – Agensi
Calon Suami Sawan, Bakal Isteri Kahwin Tetamu Calon Suami Sawan, Bakal Isteri Kahwin Tetamu Reviewed by Salfian Nawawi on February 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.