KANOWIT: Seorang pemandu patah kaki apabila lori sampah yang beliau pandu tergelongsor dan terjunam masuk ke tapak perlupusan sampah di Jalan Kanowit-Durin semalam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Negeri Sarawak, kejadian berlaku lebih kurang jam 6 petang apabila pemandu tersebut memposisikan lorinya untuk proses pembuangan sampah.
Lori tersebut tiba-tiba tergelongsor ke belakang dan terjunam ke bawah tapak pembuangan sampah berkenaan.
Seramai 11 anggota bombab Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan pemandu tersepit di bahagian kaki kirinya.
Mangsa didapati patah kaki sebelah kiri beliau dan kini mendapat rawatan di Hospital Kanowit. - Sarawakiana
Lori Sampah Tergelongsor Di Pusat Pelupusan Sampah
Reviewed by Salfian Nawawi
on
February 21, 2015
Rating:
No comments: