Seo Services

Dua Lelaki Didakwa Miliki Senapang Patah Buatan Sendiri



SIBU: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan memiliki selaras senapang patah buatan sendiri.

Ngu Teck Hing, 23, dan Banta Wong, 19, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan dalam dialek Fuzhou dan Mandarin di hadapan Hakim Caroline Bee Majanil.

Mereka didakwa memiliki senjata itu di sebuah rumah di Jalan Engkala di sini, antara 30 Jan dan 4.45 petang pada 3 Februari lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 31) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah akta sama iaitu penjara sehingga 14 tahun dan enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan kes itu didengar semula pada 25 Februari dan kedua-dua tertuduh tidak dibenar diikat jamin.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Inspektor Mingat Bakil manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
Dua Lelaki Didakwa Miliki Senapang Patah Buatan Sendiri  Dua Lelaki Didakwa Miliki Senapang Patah Buatan Sendiri Reviewed by Unknown on February 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.