SEREMBAN: Empat pekerja kontrak parah selepas papan pelapik besi perancah sebuah bangunan dalam pembinaan, bersebelahan Hospital Pakar Seremban di Kemayan Square di sini runtuh petang tadi.
Kejadian jam 5.15 itu berlaku ketika semua pekerja warga Indonesia itu sedang bekerja.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Muktar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.16 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama 14 pegawai dan anggota bomba serta dua jentera.
"Bagaimanapun, sebaik tiba semua mangsa sudah dihantar ke hospital iaitu dua yang kritikal di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan dua lagi yang parah di Hospital Pakar Seremban.
"Selepas menjalanakan pemeriksaan, kami mendapati terdapat kesan runtuhan kecil pada bahagian papan pelapik besi perancah," katanya di sini tadi.
Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tidak pasti bagaimana kejadian runtuhan boleh berlaku di bangunan lapan tingkat yang hampir siap itu.-BH
No comments: