Seo Services

TMJ Letak Jawatan Penasihat FAM


PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Khamis meletak jawatan sebagai penasihat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail bertitah bahawa baginda tidak mahu terlibat dalam sebuah organisasi yang menurutnya tidak adil.

"Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bolasepak tempatan.

"Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.

"Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM," titah Tunku Ismail pada Khamis malam.

Sehubungan itu Tunku Ismail juga berharap FAM ditadbir secara profesional serta bebas daripada pengaruh politik.

"Saya impikan bahawa suatu hari nanti, persatuan-persatuan bolasepak diuruskan oleh mereka yang profesional. Saya impikan suatu hari nanti, para penyokong bolasepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri.

"Satu impian di mana suatu hari nanti badan pentadbir bolasepak Malaysia akan dikendalikan oleh golongan yang berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bolasepak, dan bukannya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik," katanya.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dilantik sebagai penasihat kepada Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Oktober tahun lalu.

Baginda terkenal dengan kelantangan dalam menyuarakan pendapat bagi memastikan mutu bola sepak negara terus diperjuangkan. - mStar
TMJ Letak Jawatan Penasihat FAM TMJ Letak Jawatan Penasihat FAM Reviewed by Salfian Nawawi on February 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.