KUCHING: Ibu bapa harus mengambil berat tentang kegiatan anak mereka bagi mengelak dari dipengaruhi anasir-anasir negatif seperti terjebak dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Rohani Abdul Karim berkata, penahanan seorang gadis yang berusia 14-tahun kerana dipercayai merancang untuk menyertai kumpulan militan IS di Syria baru-baru ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan.
Mengingatkan, semua ibu bapa agar mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan bersama anak-anak mereka, Rohani juga menasihati agar mereka mengetahui di mana mereka terutama anak yang belajar jauh dari keluarga.
"Melalui hubungan atau ikatan kekeluargaan yang erat, anak-anak mereka mungkin akan memaklumkan kepada mereka sebelum membuat sesuatu tindakan yang seumpama itu."
Rohani, yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Lawatan Sentuhan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Rumah Seri Kenangan Kuching sempena Tahun Baharu Cina 2015 pada hari ini. - Sarawakiana
Eratkan Hubungan Kekeluargaan, Hindari Elemen Negatif - Rohani
Reviewed by Salfian Nawawi
on
February 20, 2015
Rating:
No comments: