Seo Services

Penglibatan Ahli Keluarga Penghuni RSK Amat Penting


KUCHING: Penglibatan ahli keluarga penghuni di Rumah Seri Kenangan (RSK) di seluruh negara amatlah penting terutama semasa sambutan perayaan bagi menghilang rasa kerinduan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Dato' Sri Hajah Rohani Abdul Karim berkata, biarpun semua penghuni di RSK dijaga dengan baik dan setiap masa oleh kakitangan bertugas, mereka sebenarnya masih memerlukan sentuhan kasih sayang daripada keluarga yang ada.

"Warga-warga emas yang menghuni RSK-RSKK ini begitu memerlukan kehadiran keluarga mereka yang ada untuk menziarahi mereka."

"Di seluruh negara, terdapat sebanyak 15 RSK yang menempatkan 2,083 penghuni yang terdiri daripada warga emas," katanya setelah mengadakan "Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke RSK Kuching sempena Tahun Baharu Cina 2015" sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2015 hari ini.

"Biarpun polisi baharu negara kita tidak akan membina rumah orang tua baharu untuk menggalakkan mereka dijaga keluarga masing-masing, rumah orang tua ini hanyalah langkah terakhir terutama bagi mereka yang sebatang kara," tambahnya lagi.

Rohani, yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar juga memberi sumbangan berupa makanan, buah oren dan angpau kepada 59 orang warga emas di RSK yang terletak di Batu 12 Jalan Kuching/Serian Kuching.

"Sedikit sebanyak, dengan kehadiran dan sumbangan kita ini dapat mengubatkan kerinduan mereka dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina."

"Biarpun terdapat pelbagai kaum di RSK ini, kita hadir membawa sedikit kegembiraan dari Kementeran Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat."

Dalam masa yang sama. Rohani menyeru lebih banyak sukarelawan mendaftar bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services).

"Sehingga Oktober tahun lalu, kita mempunyai 1,841 sukarelawan program itu manakala jumlah klien terdiri warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebanyak 6,318 orang di seluruh negara," ujanya lagi.

"Kita memerlukan lebih banyak sukarelawan itu bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan di rumah-rumah sebegini," kata Rohani lagi.

Ditanya mengenai peruntukan bagi RSK-RSK, Rohani menjelaskan setiap RSK di Malaysia telah diperuntukan peruntukan bagi kos makanan, kesihatan serta kebajikan penghuni rumah-rumah berkenaan.

"Bagi RSK di Kuching ini saja, sebanyak lebih dari setengah juta (tidak termasuk kos gaji) telah diperuntukkan pada setiap tahun bagi tujuan tersebut," kanya lagi. - Sarawakiana

Penglibatan Ahli Keluarga Penghuni RSK Amat Penting Penglibatan Ahli Keluarga Penghuni RSK Amat Penting Reviewed by Salfian Nawawi on February 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.