OREGON: Seorang pelakon filem lucah Amanda Marie Hancock yang berusia 21 tahun, sanggup membiarkan bayinya yang berusia tujuh minggu kelaparan semata-mata kerana mahu menjimatkan susu badannya.
Ia bagi tujuan lakonan filem lucah bersama pasangannya, Stephen Williams Jr., 26.
Dalam filem lucah secara dalam talian itu, Hancock dilihat menyusu pasangannya.
Keadaan berkenaan menyebabkan bayi berkenaan, Dora Toria meninggal dunia akibat kehilangan berat badan yang melampau.
Bayi itu meninggal dunia selepas sebulan dibawa ke hospital akibat tidak sedarkan diri. Doktor kemudiannya mengesahkan bayi itu meninggal dunia akibat kebuluran.
Susulan itu, pasangan berkenaan ditangkap di rumah mereka dan didakwa dengan tuduhan membunuh,
Manakala seorang lagi anak pasangan tersebut yang berusia dua tahun kini dipelihara oleh jabatan kebajikan. - MyNewsHub
Pelakon Lucah Biar Bayi Mati Kerana Jimat Susu Badan Untuk Filem
Reviewed by Salfian Nawawi
on
February 20, 2015
Rating:
No comments: