Seo Services

Tuduhan Anwar terhadap hakim layak dikecam – Zaid Ibrahim

Anwar telah menyerang para hakim dengan kata-kata yang sangat tersusun dan terpilih.

“Dia menyifatkan para hakim sebagai pengecut mengikut telunjuk tuan politik,” kata bekas ahli politik dan peguam terkemuka Datuk Mohd Zaid Ibrahim.

Zaid yang menulis melalui di blog www.zaid.my beliau juga mengulas ucapan Anwar yang mempertikai bahawa hakim telah memilih ‘kegelapan’ dan menghancurkan moral mereka dalam kepalsuan.

Menurut beliau, ramai orang tidak perasan bahawa susunan kata Anwar terhadap hakim itu seperti ‘berbunga-bunga’ dan bagaikan sudah dilatih.

“Adakah dia tahu lebih awal bahawa dia akan dijatuhkan hukuman? Adakah kata-kata itu tercetus akibat dibakar keperitan dan ketakutan dikenakan hukuman penjara lebih panjang? Atau adakah ucapan itu disediakan oleh seorang penulis ucapan hebat yang mahu ia diingati generasi akan datang?

“Anwar mempersoal kenapa mereka tidak mengambil peluang untuk menebus imej kehakiman. Anwar juga membidas para hakim kerana mensia-siakan peluang untuk mengukir nama sebagai pejuang keadilan,” tambah beliau.

Ucapan tersebut, menurut Zaid, walaupun pendek namun telah diolah supaya kedengaran seperti ucapan bersejarah Nelson Mandela, Mahatma Gandhi atau Socrates.

Menurut beliau, Anwar meletakkan dirinya di aras yang sama dengan figura-figura tersohor itu yang menjadi mangsa penindasan dan juga pejuang hebat.

Maka dia perlu meyakinkan orang awam bahawa dia tidak akan berputus asa lalu meminjam kata-kata keramat Winston Churchill – ‘Saya tidak akan menyerah kalah’, sewaktu dalam kandang tertuduh.

“Saya berpendapat, di sini, Anwar telah melampaui batas.

“Adalah suatu yang biasa untuk tidak bersetuju dengan keputusan para hakim, atau untuk mengkritik pertimbangan mereka, namun untuk menuduh mereka itu bersubahat dan terlibat dalam perancangan politik untuk memenjarakan dirinya (Anwar) adalah tuduhan tanpa asas dan layak dikecam,” kata Zaid.

Menurut beliau lagi, jika Anwar dan pasukan pembelaannya mempunyai bukti kukuh bahawa hakim-hakim tersebut ‘bersubahat’ dengan pemimpin politik tertentu untuk memenjarakan beliau, mereka sepatutnya sudah memohon untuk menukar barisan hakim lebih awal.

Zaid juga menegaskan bahawa, Hakim-hakim tersebut tidak mungkin menjadi pembelot kepada sistem keadilan semudah itu, hanya kerana keputusan mereka dalam kes Anwar. - FMT
Tuduhan Anwar terhadap hakim layak dikecam – Zaid Ibrahim Tuduhan Anwar terhadap hakim layak dikecam – Zaid Ibrahim Reviewed by Admin on February 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.