Seo Services

Isu hak milik popia tidak harus diperbesarkan

KUALA LUMPUR - Isu demonstrasi menuntut kuih tradisional popia sebagai hak milik Indonesia dan Malaysia diminta tidak membuat sebarang tuntutan mengenainya, tidak harus diperbesarkan kerana tidak memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia Irman Gusman berkata, demonstrasi itu dibuat sekadar bertujuan memperkenalkan kuih itu yang dinamakan 'Lumpia Semarang' sebagai makanan warisan republik itu.

"Isu popia ini bagai masalah adik dengan kakak yang melibatkan hal-hal kecil sahaja dan langsung tidak memberi masalah kerana selepas itu kita akan berbaik semula," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Jumaat lepas, satu demonstrasi diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang meminta Malaysia menarik balik tuntutan pemilikan ke atas popia atau Lumpia Semarang.

Terdahulu, Irman bersama-sama 20 delegasi Indonesia meluangkan masa hampir dua jam bertemu Abu Zahar bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk pengukuhan hubungan di antara kedua-dua negara terutama dalam bidang kebudayaan dan pendidikan.

Sementara itu, Irman berkata Indonesia dan Malaysia akan terus berusaha membawa bahasa Indonesia-Melayu diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa.

"Hubungan kebudayaan ini penting kerana Bahasa Indonesia-Melayu ini hampir ditutur oleh 600 juta orang dan ia berpotensi menjadi bahasa antarabangsa," katanya. - Bernama
Isu hak milik popia tidak harus diperbesarkan Isu hak milik popia tidak harus diperbesarkan Reviewed by Admin on February 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.