API marak membakar gerabak keretapi CSX Corp selepas tergelincir dari landasan di selatan West Virginia hari ini. - Foto Reuters |
MOUNT CARBON, West Virginia: Kereta api yang membawa lebih 100 tangki minyak mentah tergelincir di selatan West Virginia hari ini dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu tangki terhumban ke dalam sungai, kata pegawai hari ini.
Selain itu, sekurang-kurangnya 14 tangki terbakar dalam kejadian berkenaan.
Kenyataan akhbar syarikat kereta api itu, CSX berkata, seorang mangsa dirawat kerana mengalami masalah pernafasan tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.
Penduduk berdekatan kawasan kemalangan diarah berpindah ketika pegawai pasukan kecemasan dan alam sekitar bergegas ke tempat kejadian kira-kira 48.2 kilometer tenggara Charleston.
West Virginia kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga terhadap ribut musim sejuk dan hujan salji berukuran 12 sentimeter.
Tidak dapat dipastikan sama ada cuaca mempunyai kaitan dengan kejadian kereta api tergelincir terbabit.
Pegawai pengendali bahan berbahaya berkata, pihaknya dikerahkan ke sana.
Syarikat berkenaan pula berkata, mereka masih menyiasat punca kereta api berkenaan tergelincir.
Sementara itu, jurucakap Keselamatan Awam, Lawrence Messina berkata, satu tangki dan kemungkinan satu lagi terhumban ke dalam sungai.
Katanya, pasukan kecemasan berdepan masalah untuk menghampiri kediaman yang terbakar.
Sebanyak 14 daripada 17 tangki terbabit sama ada terbakar atau meletup. - AP
Kereta Api Bawa Minyak Mentah Tergelincir Di AS
Reviewed by Unknown
on
February 17, 2015
Rating:
No comments: