Kredit Foto : Kamek Miak Sarawak |
KUCHING: Kawasan pesisiran pantai di Santubong, dekat sini termasuk sebuah pusat peranginan terkemuka dilanda banjir kilat, pagi semalam.
Menurut Ketua Balai Bomba Petra Jaya Raffy Saibi, banjir kilat itu dipercayai berpunca daripada air hujan dari gunung lebih kurang jam 7 pagi dan bukannya daripada air laut.
“Bagaimanapun kini air (banjir) telah surut sepenuhnya,” katanya.
Pemantauan oleh pihak bomba mendapati kawasan letak kereta pusat peranginan itu dinaiki air, selain kawasan kolam renang.
Turut terjejas adalah jalan raya berhampiran kuarters pekerja yang runtuh akibat air deras, selain tebingan Damai Sentral. - UB
Pusat Peranginan Terkemuka Dilanda Banjir Kilat
Reviewed by uMieySurianie
on
February 17, 2015
Rating:
No comments: