KUCHING - Sarawak menerima kedatangan sejumlah 4.68 juta pelancong tahun lepas, meningkat 11.12 peratus berbanding 4.37 juta yang direkodkan pada tahun 2013.
Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, ketibaan pelancong asing pula berjumlah tiga juta orang, meningkat lima peratus berbanding 2013 dengan ketibaan pelancong dalam negeri pula berjumlah 1.83 juta, meningkat 9.08 peratus.
Beliau berkata, perolehan daripada sektor pelancongan bagi tahun lepas adalah RM10.86 bilion.
“Agak mengejutkan apabila jumlah pelancong ke Sarawak mencatatkan peningkatan berbanding jangkaan ketibaan pelancong ke Malaysia sebanyak 28 juta bagi 2014, namun setakat Oktober 2014 jumlah sebenar ketibaan hanyalah 22.8 juta,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Penyelarasan Pelancongan Sarawak di sini hari ini, Abang Johari menarik perhatian bahawa tragedi penerbangan pada 2014 tidak syak lagi menjejaskan jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia. - Bernama
Ketibaan pelancong ke Sarawak meningkat 11.12 peratus tahun lalu
Reviewed by Admin
on
February 16, 2015
Rating:
Reviewed by Admin
on
February 16, 2015
Rating:

No comments: