Seo Services

Kunjungan Mesra Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Semperna Perayaan Tahun Baru Cina

 

 
KUCHING: Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri,  telah mengadakan kunjungan mesra dan telah berkesempatan mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat di negara ini.

Nancy menyeru agar rakyat di negara ini mengambil peluang cuti perayaan ini dengan berkunjung ke rumah jiran, rakan taulan serta keluarga yang menyambut Tahun Baru Cina.

“Semangat kecintaan di kalangan kita sudah tiba masanya untuk diperkukuhkan lagi dan memupuk perasaan harmonis yang telah kita pelihara selama ini.”

“Saya yakin, sesungguhnya rakyat di negara ini mempunyai perasaan cintakan keharmonian yang sangat tinggi berdasarkan beberapa kejadian yang telah menimpa negara pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini, “ katanya lagi.

Beliau yang juga ahli Parlimen Batang Sadong juga telah menyuarakan bahawa rakyat di negara ini telah menunjukkan kasih sayang sesama insan tanpa mengira apa jua latarbelakang agama, bangsa malah ideologi politik turut ditolak tepi demi perasaan kemanusiaan.

Nancy juga sempat menyarankan rakyat di negara ini untuk mengekalkan momentum itu dengan meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan penuh rasa kasih dan sayang kita sebagai rakyat Malaysia yang bersatu hati.

“Semangat kecintaan di kalangan kita sudah tiba masanya untuk diperkukuhkan lagi dan memupuk perasaan harmonis yang telah kita pelihara selama ini.”

“Saya yakin, sesungguhnya rakyat di negara ini mempunyai perasaan cintakan keharmonian yang sangat tinggi berdasarkan beberapa kejadian yang telah menimpa negara pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini, “ katanya lagi.

Beliau juga telah menyuarakan bahawa rakyat di negara ini telah menunjukkan kasih sayang sesama insan tanpa mengira apa jua latarbelakang agama, bangsa malah ideologi politik turut ditolak tepi demi perasaan kemanusiaan.

Nancy juga mengingatkan rakyat di negara ini untuk mengekalkan momentum itu dengan meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan penuh rasa kasih dan sayang kita sebagai rakyat Malaysia yang bersatu hati. - Sarawakiana 
Kunjungan Mesra Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Semperna Perayaan Tahun Baru Cina Kunjungan Mesra Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Semperna Perayaan Tahun Baru Cina Reviewed by uMieySurianie on February 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.