Seo Services

Patuhi Arahan Pihak Berkuasa - PDRM Kuching


KUCHING: Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2015 peringkat Kontinjen Sarawak yang telah dilancarkan pada 16 Februari 2015 lalu, OP Selamat 6/2015 yang ditumpukan khas kepada keselamatan pengguna pengangkutan laut, sungai-sungai, Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran terutamanya di kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan kesesakan dan juga keselamatan kawasan perumahan dan penempatan orang ramai yang ditinggalkan.

Sehubungan itu, kaedah pelaksanaan operasi ini adalah secara rondaan dan statik di jalan raya iaitu dengan cara menempatkan khemah dan membuat rondaan ke lokasi-lokasi yang dikenalpasti sering berlaku kemalangan.

Selain daripada itu, operasi ini juga memberi fokus kepada Kempen Rumah Selamat iaitu selamat kepada rumah-rumah yang ditinggalkan di sepanjang tempoh perayaan ini.

Konsep Rumah Selamat dan pencegahan kemalangan ini bukan sahaja terhadap pengguna jalan raya tetapi juga kepada masyarakat yang hendak pulang bercuti di kampung supaya memaklumkan kepada pihak polis iaitu dengan memaklumkan kepada balai-balai polis yang berdekatan bahawa mereka hendak pulang bercuti dan meninggalkan rumah dan seterusnya pihak polis membuat rondaan dan lawatan ke lokasi-lokasi yang telah dimaklumkan dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian, pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai supaya merancang perjalanan masing-masing dan menjadi paemandu yang lebih bertanggung jawab di atas jalan raya dengan mematuhi semua arahan pihak berkuasa dalam mengawal lalu lintas dan pandu dalam kelajuan yang telah ditetapkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching(KPD), ACP Roslan Bek ketika ditemui berkata, pihaknya juga ingin memberi nasihat serta mengingatkan bahawa semua peningkatan prestasi menurunkan kes pecah rumah adalah sumbangan kerjasama daripada masyarakat dengan memastikan rumah dalam keadaan berkunci dan memasang alat keselamatan tambahan pada pintu dan tingkap. - Sarawakiana
Patuhi Arahan Pihak Berkuasa - PDRM Kuching Patuhi Arahan Pihak Berkuasa - PDRM Kuching Reviewed by Unknown on February 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.