Seo Services

Pemilik Dan Pemandu Lori Harus Bertanggungjawab


OYA: Pengguna jalan raya di sini menyuarakan kebimbangan terhadap lori-lori membawa muatan kelapa sawit berlebihan sehingga mendatangkan bahaya kepada mereka.

Seorang penduduk, Osman Halim, 50, dari Sibu berkata pemilik dan pemandu lori harus bertanggungjawab bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Buah sawit yang jatuh ke atas jalan raya boleh menyebabkan kemalangan kerana segelintir pemandu tidak menutup muatan.

“Dalam keadaan tertentu, tindakan mereka sangat membahayakan pengguna lain terutama penunggang motosikal yang melalui jalan terbabit pada waktu malam,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Abdul Kadir Mahsen, 40, dari Mukah turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk terpaksa berdepan dengan lori terbabit.

Beliau tidak menafikan pemandu lori membawa muatan melebihi had kerana akur dengan arahan majikan.

Pihak terbabit harus lebih peka dan prihatin terhadap keselamatan pekerja lebih-lebih lagi pengguna jalan raya.

“Bayangkan kalau terjatuh terkena kereta, ini menyebabkan kerosakan atau hilang kawalan semata-mata untuk mengelak buah sawit yang bertaburan atas jalan raya.

“Kami terpaksa mengutip dan mengalih sendiri buah yang jatuh atas jalan, ini amat merimaskan dan tidak sepatutnya berlaku.


“Justeru, kami minta pihak berkuasa bertindak tegas supaya dapat memberi pengajaran kepada pemandu lori sawit terbabit,” katanya. - UB
Pemilik Dan Pemandu Lori Harus Bertanggungjawab Pemilik Dan Pemandu Lori Harus Bertanggungjawab Reviewed by JANUARIUS on February 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.