Seo Services

Pengambilan lebih ramai guru dari Sabah, Sarawak

Rancangan untuk mengambil lebih ramai calon guru pelatih dari Sarawak dan Sabah mulai tahun ini adalah bagi memenuhi kekosongan tempat di sekolah-sekolah di negeri berkenaan, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, calon dari kedua-dua negeri berkenaan penting bagi pengisian kekosongan tersebut kerana bilangan mereka yang terpilih sebelum ini tidak dapat lagi menampung keperluan di negeri-negeri berkenaan buat masa ini.

"Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengambil lebih ramai calon guru pelatih dari Sarawak dan Sabah seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini diharapkan tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu kerana usaha itu ikhlas bagi membantu negeri-negeri berkenaan," katanya kepada pemberita di Jerteh di sini malam tadi.

Menurutnya, KPM akan meletakkan sasaran bagi menentukan bilangan yang akan diambil agar ia bersesuaian dengan keperluan Sarawak dan Sabah untuk pendidikan masa depan.

Idris berkata, sebelum ini KPM menetapkan syarat calon bagi pelatih guru sekurang-kurangnya memperoleh kelulusan 7A bagi calon Semenenjung dan 5A bagi calon Sarawak dan Sabah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam perkembangan lain, Idris berkata sebuah lagi politeknik baharu bernilai lebih RM180 juta akan dibina di Bukit Keluang, Besut, tahun depan. - BERNAMA
Pengambilan lebih ramai guru dari Sabah, Sarawak Pengambilan lebih ramai guru dari Sabah, Sarawak Reviewed by Admin on February 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.